Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Manchester United belum mampu tewaskan West Ham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Dalot

Manchester United kembali berada di atas Liverpool selepas mengutip satu mata bertemu West Ham United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, awal pagi tadi.

Seperti kebiasaan, ketajaman atau penyudah The Red Devils sering dipertikai apabila gagal menterjemah jaringan penting, sebaliknya terlepas daripada sasaran.

Advertisement

Tuan rumah terpaksa menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi pertahanan kebangsaan Portugal, Diogo Dalot, pada minit ke-58 selepas hantaran Casemiro tepat mengenai kaki Dalot untuk menyumbat masuk gol pendahuluan.

Untuk rekod, ia merupakan gol pertamanya sejak April lalu dan juga yang pertama musim ini.

Skuad kendalian Ruben Amorim terus bernafsu untuk menggandakan kelebihan, namun segalanya tidak berhasil.

Pasukan pelawat sekali lagi dihimpit badi sama tatkala bolos dalam situasi bola mati berbaki tujuh minit permainan.

Soungoutou Magassa menyelamatkan maruah The Hammers untuk kedua-dua pasukan sekadar seri 1-1 dan berkongsi satu mata.

United kini berkongsi pungutan mata (22) bersama Brighton & Hove Albion dan Liverpool, sambil masing-masing mengintai peluang untuk mendaki kedudukan liga.

Must Watch Video