Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Man Utd tidur lena, Liverpool masuk gua

Sesko

Perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi menyaksikan Manchester United berjaya menewaskan Liverpool 3-2 di Old Trafford, sekali gus menggembirakan peminat seluruh dunia

Kemenangan itu secara rasminya membuatkan skuad kendalian pengurus, Michael Carrick, sah melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim hadapan selepas selesa menduduki tempat ketiga dipisahkan enam mata dengan Liverpool. 

Advertisement

Pemain kebangsaan Brazil, Matheus Cunha, meletakkan tuan rumah di hadapan seawal minit keenam apabila rembatannya mengelirukan penjaga gol, Freddie Woodman, untuk jaringan pertama aksi. 

Satu lagi situasi kelam kabut berlaku dalam kotak penalti pihak lawan yang akhirnya memihak kepada The Red Devils apabila sentuhan Benjamin Sesko menggadakan kelebihan hasil hantaran Bruno Fernandes sebelum jaringan itu disahkan oleh video bantuan pengandil (VAR). 

Memasuki babak kedua, The Reds tidak berputus asa, malah mengambil kesempatan untuk memperbaiki kedudukan 1-2 menerusi usaha Dominik Szoboszlai. 

Suhu permainan semakin meningkat tatkala tekanan tinggi dilakukan pasukan bimbingan Arne Slot untuk menghukum kealpaan pemain United. 

Dan, Cody Gakpo menyempurnakan peluang terhidang untuk Liverpool bangkit menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-56.

Namun, kegembiraan itu tidak berkekalan apabila Kobbie Mainoo menjadi wira Manchester United menggeggam tiga mata penuh di hadapan peminat sendiri.  

Must Watch Video