Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mengakui perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) telah terlepas daripada genggamannya selepas mereka terikat seri 3-3 dengan Everton awal pagi tadi.
"Sekarang tidak. Ia, kini bukan di tangan kami," kata Guardiola.
Advertisement
"Kami mempunyai (baki) empat perlawanan lagi.
"Kita akan lihat apa yang berlaku."
The Cityzen berpeluang untuk menyamai mata dengan pendahulu, Arsenal, dengan sepatutnya meraih kemenangan ke atas Everton termasuk menjelang lawan Brentford lima hari kemudian.
Sebaliknya, mereka ketinggalan lima mata, walaupun dengan kelebihan satu perlawanan, dan berharap semoga Arsenal juga tidak bernasib baik.
"Ia lebih baik daripada kalah," katanya lagi.
It's advantage @Arsenal, but there's still more to come in the title race...
Who are you backing to lift the trophy? 🏆 pic.twitter.com/yK57Cn0SeK— Premier League (@premierleague) May 4, 2026
"Kami lebih suka menang. Kami bermain untuk itu dan kami hanya menunjukkan betapa hebatnya kami.
Kami mencuba segala-galanya. Para pemain agresif."
Pemain sayap, Jeremy Doku, menjaringkan gol penyamaan dramatik pada minit ke-97 untuk melengkapkan dua gol, dan menyuarakan kekecewaan pengurusnya sambil menegaskan bahawa City tidak akan berputus asa dengan empat aksi liga yang masih berbaki.
"Ia menyakitkan sekarang tetapi masih banyak perlawanan yang perlu diharungi dan apa sahaja boleh berlaku," kata Doku.
"Kami akan terus berjuang. Kami berhutang budi kepada diri kami sendiri dan peminat kami."
Penyerang City Erling Haaland, yang menjaringkan gol pada minit ke-83, kedengaran berkata "Kami masih dalam perebutan" sambil berjabat tangan dengan rakan sepasukannya selepas wisel penamat.
Berikutan perlawanan Sabtu menentang Brentford, City akan berdepan Crystal Palace, Bournemouth dan Aston Villa dalam tiga perlawanan liga terakhir mereka.
Arsenal mempunyai jadual yang jauh lebih mudah, sekurang-kurangnya di atas kertas, dengan perlawanan menentang West Ham United yang diancam penyingkiran, Burnley yang sudah pun tersingkir dan Palace.