Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Liverpool menang tipis ke atas sembilan pemain Spurs

t.spurs logo.png

Join now via My Astro App to win Spurs jersey & merchandise!

EPL: Liverpool menang tipis ke atas sembilan pemain Spurs

Tottenham Hotspur tewas buat kali kelima dalam lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris di laman sendiri, dua kad merah ke atas Xavi Simons dan Cristian Romero mencemari kekalahan 1-2 kepada Liverpool.

Dengan Mo Salah telah bersama skuad Mesir bagi menghadapi Piala Negara-Negara Afrika, Liverpool sekali lagi berdepan prospek tanpa kelibat pemain bertaraf bintang.

Advertisement

Slot menampilkan corak permainan bertahan di awal saingan menyaksikan beberapa percubaan Spurs berjaya diserap.

Ketika permainan mula memihak tuan rumah, Spurs terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Xavi Simons menerjah Virgil Van Dijk.

Kelebihan pemain digunakan sebaik mungkin Liverpool apabila berjaya mendahului permainan menerusi Alexander Isak yang menyempurnakan hantaran Florian Wirtz.

Spurs berusaha untuk kembali mengejar permainan namun mereka terus ketinggalan apabila Hugo Ekitike menanduk masuk hantaran silang Jeremie Frimpong.

Richarlison berjaya mengurangkan defisit jaringan di penghujung permainan namun ia bersifat saguhati apabila mereka gagal mencari gol penyamaan sehingga tamat permainan.

 

Must Watch Video