Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Liverpool cicir mata diikat kelab kedua tercorot

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

Liverpool

Liverpool melepaskan peluang tiga mata penuh apabila diikat 1-1 oleh kelab di kedudukan kedua tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), Burnley, dalam perlawanan di Anfield lewat malam tadi.

Dalam perlawanan itu, tuan rumah terlebih dahulu memperoleh peluang untuk berada di depan selepas menerima sepakan penalti susulan insiden Cody Gakpo dijatuhkan Florentino Luis.

Advertisement

Bagaimanapun, tendangan yang diambil Dominik Szoboszlai pada minit ke-33 sekadar hinggap di palang.

Kekecewaan itu, bagaimanapun, ditebus pada minit ke-42 apabila Florian Wirtz memanfaatkan sepenuhnya hantaran ke belakang Curtis Jones untuk meledakkan penyudah gemilang ke gawang lawan.

Namun, hasrat The Reds untuk menamatkan perlawanan itu dengan tiga mata tidak kesampaian apabila lorongan cantik Florentino berhasil menemui Marcus Erdawrd, yang kemudian melepaskan penyudah serong untuk menewaskan Alisson pada minit ke-65.

Dengan keputusan itu, Liverpool kekal di tangga keempat liga dengan 36 mata daripada 22 perlawanan dan hanya dibezakan satu mata dengan seteru tradisi, Manchester United, di tangga kelima.

 

Must Watch Video