Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Leeds sekat kemenangan Liverpool pada aksi Tahun Baru

EPL: Leeds sekat kemenangan Liverpool pada aksi Tahun Baru

Liverpool memulakan Tahun Baru dengan melakar keputusan seri tanpa jaringan dengan Leeds United sekaligus mencalarkan aspirasi mereka mengejar gelaran Liga Perdana Inggeris musium ini.

Skuad kendalian Arne Slot menghuni tangga keempat dengna 33 mata selepas 19 perlawanan, 12 mata di belakang pendahulu Arsenal, manakala Leeds di tangga ke-16 dengan 21 mata, tujuh mata di atas zon penyingkiran.

Advertisement

Liverpool, yang melewati empat kemenangan dalam semua pertandingan, kelihatan kurang menyengat berdepan corak pertahanan Leeds sementara melepaskan beberapa peluang terhidang untuk mendahului perlawanan.

Peluang terbaik mereka hadir menerusi tandukan Hugo Ekitike hasil hantaran lintang Jeremie Frimpong.

Kapten Liverpool, Virgil van Dijk, turut terlepas peluang pada separuh masa kedua apabila tandukannya tersasar.

Allison hampir menghadiahkan jaringan kepada lawan selepas gagal mengeluarkan bola dari zon bahaya.

Must Watch Video