Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Laluan jadi juara semakin cerah, Arsenal mudah jinakkan Spurs

man city logo.png

Join now via My Astro App to win Man City jerseys & merchandise!

Eze

Arsenal terus melebarkan rekod kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan kali ini menumpaskan Tottenham Hotspur di tempat sendiri, malam tadi.

Lebih menarik, bekas penyerang Crystal Palace, Eberechi Eze, sudah menemui sentuhan terbaiknya tatkala menjadi revolusi kemenangan The Gunners dengan keputusan 4-1, sekali gus memalukan Spurs yang gagal memberik cabaran setimpal.

Advertisement

Tuan rumah menunggu sehingga minit ke-36 untuk Leandro Trossard membuka tirai jaringan, sebelum pemain kebangsaan England itu menutup separuh masa pertama dengan kedudukan 2-0.

Beberapa saat selepas babak kedua bermula, Eze terus menghukum penjaga gol pihak lawan, Guglielmo Vicario, susulan sepakannya di sebelah kiri membuahkan hasil untuk pendahulu EPL itu mendahului selesa.

Richarlison menghidupkan peluang buat anak buah Thomas Frank dengan gol pentingnya, namun segalanya sia-sia apabila Arsenal lebih mendominasi perlawanan.

Eze sekali lagi menjadi sandaran skuad kendalian Mikel Arteta tatkala menjaringkan hatrik pertamanya bersama Arsenal untuk pasukan itu berjaya mengutip tiga mata penuh, dan terus menjarakkan diri dengan pencabar terdekat, Chelsea.

Selepas ini, mereka akan bertemu gergasi Bundesliga, Bayern Munich, dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi Khamis.

Nike

Sepak Padu Dengan Nike

Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!


Grab Sekarang

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video