Pelbagai reaksi dan spekulasi yang timbul selepas pemecatan serta merta Ruben Amorim selepas 14 bulan memegang tanggungjawab untuk mengubah hala tuju Manchester United yang dikirakan gagal.
Sejurus pengumuman itu dibuat, The red Devils melantik Darren Flatcher sebagai pengurus interim bagi perlawanan liga menentang burnley dan aksi Piala FA menentang Brighton. Namun, persoalan sebenar adalah siapa yang akan menggantikan Amorim secara tetap?
Advertisement
Ruben Amorim's time at @ManUtd has come to an end π΄
How his reign compares to those who came before him π pic.twitter.com/i9S5O1Syu3β Premier League (@premierleague) January 5, 2026
Jadi, jom kita lihat nama nama yang telah dikaitkan dengan kerusi panas di Old Trafford berdasarkan laporan media dan spekulasi semasa:
1. Ole Gunnar Solskjaer β legenda United yang sudah pun dikaitkan secara tidak rasmi untuk mengambil alih peranan interim bersama Fletcher hingga musim ini tamat.
2. Michael Carrick β bekas pengurus sementara United dan salah seorang calon mampu membawa identiti kelab semasa transisi.
3. Ruud van Nistelrooy β pernah menjadi interim pada era sebelum Amorim, turut disebut sebagai calon jangka pendek.
4. Oliver Glasner β selepas membawa Crystal Palace ke kejayaan FA Cup, namanya muncul sebagai calon kuat tetap menggantikan Amorim musim panas ini.
5. Gareth Southgate β bekas pengurus England, disebut dalam kalangan nama yang boleh membawa kestabilan dan pengalaman di Old Trafford.
Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi mengenai pengurus tetap, dan laporan terbaru menunjukkan United mungkin memilih pengurus interim hingga akhir musim sebelum mengambil pengurus jangka panjang pada musim panas.
Di luar padang pula, bekas pemain seperti Gary Neville menegaskan United perlu berhenti dengan eksperimen taktikal dan mendapatkan jurulatih yang sepadan dengan DNA kelab. Apa pun keputusan United, pencarian pengurus seterusnya dianggap salah satu detik paling penting sejak era Sir Alex Ferguson untuk mengemablikan semula kepercayaan penyokong seterusnya mengembalikan zaman kegemilangan Manchester United!