Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Kad merah paling mengarut, kata pengurus Everton

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

EPL

EVERTON 1 WOLVES 1

David Moyes menyifatkan kad merah ke atas Michael Keane atas kekasaran menarik rambut sebagai tidak masuk akal selain tidak gembira dengan reaksi Jack Grealish yang mengutip dua kad kuning selepas kerana membantah pengadil.

Advertisement

Pengadil muda, Thomas Kirk, selepas menggunakan video bantuan pengadil (VAR) tiada pilihan selain mengarahkan Keane -- yang memberikan Everton gol pendahuluan -- agar keluar padang atas kekasarannya terhadap pemain Wolves, Tolu Arokodare, pada lewat separuh masa kedua perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 dengan di Stadium Hill, awal pagi tadi.

Pengurus The Toffees itu jelas berang dengan mengatakan: "Ia bukan satu tindakan yang ganas, ia tidak kasar dan ia tidak disengajakan. Jadi ini bermakna ia sepatutnya tidak menjadi kad merah.

"Saya fikir ia adalah satu keputusan yang sangat buruk. Contohnya rambut (Marc) Cucurella kerana ia adalah satu bentuk kelakuan ganas, tindakan yang disengajakan. Saya tiada masalah dengannya.

"Saya pernah menjadi pertahanan tengah dan tidak mungkin saya melompat lebih tinggi daripada seorang penyerang tengah yang berbadan besar dan dalam masa yang sama, menarik rambutnya.

"Tiada sesiapa pun di planet ini yang mampu berfikir seperti itu apabila melompat.

"Saya fikir ia adalah satu keputusan yang tidak masuk akal oleh pengadil dan lebih kepada VAR. Saya fikir bahagian yang tidak masuk akal datangnya daripada VAR.

"Semua orang kecewa, semua orang sukar mempercayainya."

Topik Berkaitan

Must Watch Video