Kejutan berlaku apabila kelab tangga ke-17 Liga Perdana Inggeris (EPL), Leeds United, melakar kemenangan ke atas juara Piala Dunia Kelab 2025, Chelsea, di tempat sendiri awal pagi tadi.
Meskipun meraih kawalan penuh dengan 71 peratus, namun The Blues sekadar mencatatkan dua sepakan tepat ke arah pasukan tuan rumah, sekali gus gagal membawa pulang tiga mata penuh.
Advertisement
Separuh masa pertama menyaksikan Leeds United mendahului selesa 2-0 menerusi jaringan Jaka Bijol dan Ao Tanaka.
FT at Elland Road.#CFC | #LEECHE pic.twitter.com/JJGKzIH192
— Chelsea FC (@ChelseaFC) December 3, 2025
Skuad kendalian Enzo Maresca itu kemudiannya merapatkan jurang melalui sentuhan Pedro Neto pada minit ke-50, dan Chelsea mengatur serangan tanpa henti untuk menyamakan kedudukan tetapi tidak berhasil.
Sebaliknya, Leeds menemui jaringan kemenangan hasil daripada pemain kebangsaan England, Dominic Calvert-Lewin, untuk mereka meraih mata maksimum pertama selepas tewas empat perlawanan sebelum ini.
Sementara itu, Arsenal semakin selesa sebagai pendahulu EPL apabila mudah menumpaskan Brentford di Stadium Emirates.
Ini menjadikan The Gunners kini lima mata di hadapan Manchester City selaku pencabar kejuaraan musim ini.
