Morgan Rogers, Cole Palmer dan Joao Pedro memacu kemenangan Chelsea menewaskan Fulham 3-2 dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) di Craven Cottage, London, awal pagi tadi.
Pasukan pelawat tidak menunggu lama apabila membuka tirai jaringan seawal minit pertama -31 saat- menerusi Pedro, sebelum Josh King menyamakan kedudukan pada minit ke-23.
Sebelum masuk ke bilik persalinan, rembatan Rogers memastikan Chelsea mendahului 2-1 dalam babak pertama.
Masuk babak kedua menyaksikan Palmer tenang menambah jaringan buat Chelsea, meskipun Gonzalo Garcia merapatkan defisit jaringan selang lima minit kemudian, Fulham terpaksa akur buntu mencari jaringan penyamaan hingga 90 minit permainan berakhir.
Pengurus Chelsea, Xabi Alonso, memuji aksi yang dipamerkan jentera serangan The Blues yang diketuai Cole Palmer.
"Mereka perlu bertanggungjawab. Mereka perlu memimpin yang lain. Mereka perlu memberikan inspirasi kepada yang lain kerana jika mereka beraksi dengan baik, pemain lain akan mengikutinya.
"Saya gembira dengan Cole kerana saya sangat menikmati melihat dia beraksi dengan sangat dinamik, dengan kebebasan dan tanggungjawab membantu pasukan." katanya.