Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Gol tunggal Erling Haaland pacu Manchester City gah di puncak liga

haaland

Gol tunggal Erling Haaland memacu Manchester City merampas kedudukan pertama carta Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Arsenal buat kali pertama sejak Ogos lalu selepas menewaskan Burnley awal pagi tadi.

Aksi di Turf Moor itu menyaksikan pasukan tuan rumah terpaksa akur tersingkir ke Liga Kejuaraan selepas berada di kedudukan kedua tercorot -berada di nombor 19- dengan mengumpul 20 mata daripada 34 perlawanan.

Advertisement

 

 

 

 

Meskipun Burnley kerap mengasak kubu pertahanan pasukan pelawat, namun jaringan awal Haaland yang menewaskan Martin Dubravka seawal minit kelima sudah cukup memastikan tiga mata milik skuad The Netizens.

City kini mengumpul 70 mata bersama The Gunners dengan kelebihan jumlah jaringan meletakkan skuad kendalian Pep Guardiola di puncak liga dengan masih berbaki lima aksi lagi.

Must Watch Video