Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Gol sulung penyerang muda Brazil buat Aston Villa cicir mata

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

rayan bournemouth

Aston Villa semakin ketinggalan di belakang pendahulu liga, Arsenal, selepas penyerang remaja Brazil, Rayan, menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya dalam kesebelasan utama Bournemouth,  untuk mengikat kedudukan 1-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Vitality lewat malam tadi.

Villa kini dibezakan sembilan mata daripada The Gunners susulan kekalahan mengejut di laman sendiri kepada 10 pemain Brentford hujung minggu lalu.

Advertisement

Mereka perlu berterima kasih kepada ketangkasan penjaga gol, Emi Martinez, yang melakukan deretan aksi menyelamat sepanjang pertemuan kali ini.

Morgan Rogers terlebih dahulu meletakkan Villa di depan pada minit ke-22, di mana tuan rumah ketika itu lebih banyak menguasai perlawanan.

Dia menjaringkan gol itu melalui percubaan pertama Villa selepas Bournemouth melancarkan enam percubaan awal.

Ia merupakan gol kelapan Rogers dalam saingan liga musim ini dan hadir selepas Martinez melakukan dua aksi menyelamat berturut-turut untuk menafikan percubaan Eli Junior Kroupi dan Evanilson.

Bournemouth terus memberikan ancaman menuju penamat separuh masa ketika Martinez sekali lagi melakukan aksi menyelamat berganda, menghalang rembatan padu Adam Scott dan gerakan susulan Evanilson, sebelum tandukan Rayan terkena palang gol susulan satu situasi sepakan penjuru.

Rayan, yang dilihat sebagai pengganti jangka panjang untuk Antoine Semenyo, akhirnya menemui gawang pelawat pada minit ke-55 selepas melepasi kawalan Lucas Digne dan melepaskan rembatan ke penjuru kanan bawah gawang Martinez.

 

Must Watch Video