Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Gol saat akhir Maitland-Niles ranapkan kemenangan Manchester United

everton
Advertisement

Ainsley Maitland-Niles menjaringkan gol penyamaan yang memukau pada penampilan sulungnya menerusi sepakan terakhir perlawanan untuk memastikan Everton bangkit mengikat Manchester United 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Hill Dickinson malam tadi.

Benjamin Sesko kelihatan hampir memastikan kemenangan buat pelawat menerusi gol tandukannya pada minit ke-88 tetapi pemain gantian, Maitland-Niles, melepaskan rembatan padu dari jarak 30 ela bagi mengekalkan rekod tanpa kalah pasukannya pada permulaan musim ini.

Advertisement

United kini sekadar mengutip empat mata daripada tiga perlawanan pertama musim ini dan berada di kedudukan ke-11 dalam carta liga, manakala Everton pula menduduki tangga kelapan dengan lima mata daripada jumlah perlawanan sama.

Terdahulu, usaha solo yang menarik daripada Bryan Mbeumo meletakkan pelawat di depan pada awal babak kedua tetapi Everton bangkit memperkemaskan permainan sebelum Tyrique George menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencangnya sebelum disusuli dengan jaringan lewat daripada Sesko dan Maitland-Niles.

Advertisement

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video