Harrison Reed menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk Fulham mengejutkan Liverpool dengan keputusan 2-2 di Craven Cottage.
Gakpo menanggalkan bajunya dan memusingkannya di atas kepalanya ketika dia berlari untuk meraikan jaringannya pada minit ke-94 bersama peminat yang bergembira umpama sudah menoktahkan kemenangan Liverpool ke atas Fulham.
Advertisement
Bagaimanapun, tiga minit berikutnya apabila pemain gantian Reed merembat bola ke sudut atas gawang Liverpool dari jarak 25 ela, mencetuskan sambutan yang meriah oleh barisan penyokong tuan rumah.
Gol pertama sejak April 2023 untuk pemain tengah Fulham itu -- dan yang tidak akan dilupakannya. Reed hanya berada di atas padang selama lima minit.
Harry Wilson membuka jaringan pada separuh masa pertama sebelum gol penuh kontroversi Florian Wirtz dalam separuh masa kedua menyaksikan Liverpool menyamakan kedudukan.
Gol Gakpo dalam masa kecederaan mencetus suasana cukup meriah buat peminat Liverpool sebelum Reed memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata selepas tamat permainan.
