Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Frank yakin kekal bimbing Tottenham hadapi Arsenal

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

EPL

TOTTENHAM 1 NEWCASTLE 2

Kemenangan 2-1 Newcastle di Tottenham awal pagi tadi memburukkan lagi krisis yang menyelebungi pengurus tuan rumah, Thomas Frank.

Advertisement

Keputusan itu menyaksikan Spurs jatuh ke tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris (EPL) hingga mendorong peminat melaungkan Frank segera dipecat pagi ini.

Namun, pengendali berasal dari Denmark itu menegaskan dia akan terus diberi kepercayaan untuk keluar daripada situasi buruk itu dan bersedia menghadapi Arsenal, lima hari lagi.

"Ya, saya yakin.

"Memang mudah untuk menuding jari kepada saya tetapi saya juga fikir ia bukan sahaja pengurus, pemilik, pengarah, pemain mahupun kakitangan. Ia membabitkan semua orang.

 

"Jika anda melakukan sesuatu yang betul adalah kerana anda membina sesuatu yang boleh bertahan.

"Sudah tentu, kami tidak berada di kedudukan terbaik ketika ini. Kamisedar apa yang perlu diperbaiki dan apa yang perlu kami lakukan dengan lebih baik.

"Itulah yang kami sedang usahakan dengan gigih."

 

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video