Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Fletcher terlepas hadiahkan Man Utd mata penuh

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

Sesko

BURNLEY 2 MAN UTD 2

Darren Fletcher mengesahkan bahawa dia sekali lagi diminta untuk mengendalikan Manchester United bagi perlawanan Piala FA menentang Brighton, Ahad ini.

Advertisement

Bekas pemain tengah kelab itu memulakan tugasannya sebagai pengurus sementara -- susulan pemecatan Ruben Amorim awal minggu ini -- dengan terikat 2-2 yang menyaksikan Benjamin Sesko meledak dua gol di Burnley, awal pagi tadi.

Peminat dalam masa sama melaungkan nama Ole Gunnar Solskjaer dan Michael Carrick -– dua calon utama untuk mengendalikan pasukan sepanjang musim ini -– di Turf Moor.

Begitupun, Fletcher berkata: “Saya telah dimaklumkan bahawa mereka mahu saya terus mengendalikan pasukan.

"Perasaan kami bercampur-baur sejak Isnin lalu tetapi kami mahu fokus kepada Burnley.

"Tetapi ya, saya ditugaskan untuk memimpin pasukan pada Ahad (awal pagi Isnin), jadi semua fokus dan tenaga saya tertumpu kepada itu sekarang."

Topik Berkaitan

Must Watch Video