Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Everton tetap malukan Man Utd walau terima kad merah tampar rakan sendiri

t.spurs logo.png

Join now via My Astro App to win Spurs jersey & merchandise!

EPL

Manchester United gagal memanfaatkan peluang menentang 10 pemain Everton di tempat sendiri dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Meskipun mendominasi permainan dengan penguasaan hampir 70 peratus (%), tetapi The Red Devils buntu menjaringkan gol, sekali gus terlepas peluang untuk berada di kedudukan lima terbaik liga.

Advertisement

Walaupun kekurangan pemain, pelawat tetap berjaya membawa pulang tiga mata penuh selepas Kiernan Dewsbury-Hall menewaskan pertahanan dan melepaskan rembatan cantik pada minit ke-29, dan keputusan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat.

Di sebalik aksi tumpuan itu, terdapat satu insiden menarik membabitkan dua pemain Everton pada awal separuh masa pertama.

Pergaduhan sesama sendiri antara Idrissa Gueye dan Michael Keane menjadi persoalan hangat mengapa berlaku ketidakpuashatian bersama rakan sepasukan.

Dan, Gueye dilayangkan kad merah susulan menampar muka Keane. Penjaga gol kebangsaan England, Jordan Pickford, cuba meleraikan perbalahan tersebut dan aksi diteruskan seperti biasa selepas Gueye dibuang padang.

Satu situasi yang jarang berlaku.

Namun, Gueye memuat naik satu hantaran di Instagramnya menyatakan bahawa dia bersedia memohon maaf dan menyesal dengan tindakan beremosi itu. 

Nike

Sepak Padu Dengan Nike

Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!


Grab Sekarang

Must Watch Video