Dua gol pantas Hugo Ekitike mewarnai kemenangan 4-1 Liverpool atas Newcastle United di Anfield.
Menundukkan The Magpies awal pagi tadi merupakan kemenangan pertama juara bertahan itu di pentas Liga Perdana Inggeris selepas lebih sebulan.
Advertisement
Florian Wirtz dan Ibrahima Konate turut mencatat nama selaku penjaring di babak kedua, sekali gus membantu Liverpool kendalian Arne Slot naik ke tangga kelima liga pada 39 mata, 14 mata di belakang pendahulu, Arsenal.
Newcastle pula tergelincir ke kedudukan ke-10 pada 33 mata.