Skip to main content

Badminton

EPL: Dua gol Gyokeres, Eze pacu pesta gol Arsenal tumbangkan Tottenham

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

gyo

Dua jaringan daripada Eberechi Eze dan Viktor Gyokeres memacu malam gemilang Arsenal menewaskan Tottenham dalam saingan minggu ke-27, Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur, awal pagi tadi.

Rembatan kencang Eze yang menampan hantaran Bukayo Saka terlebih dahulu meletakkan The Gunners berada dihadapan 1-0, sebelum Kolo Muani membuka akaun jaringan peribadinya dalam kempen EPL bersama Spurs sekali gus menutup kelebihan itu dua minit kemudian untuk babak pertama berakhir 1-1.

Advertisement

Begitupun, Gyokeres tidak menunggu lama untuk menghukum skuad kendalian Igor Tudor dua minit selepas babak kedua bermula.

 

 

 

Tidak menunggu lama, duo Saka dan Eze sekali lagi menewaskan Guglielmo Vicario untuk kedudukan 3-1, malah Gyokeres menutup malam gemilang Arsenal di tempat lawan apabila menyumbat masuk gol keempat buat Arsenal untuk terus menjarakkan diri dalam misi pemburuan gelaran juara liga.

Kemenangan itu meletakkan Arsenal mendahului dengan lima mata (61) di puncak liga daripada pencabar terdekat, Manchester City (56).

Must Watch Video