Chelsea mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas kepada Everton 0-3 di Stadium Hill Dickinson, awal pagi tadi.
Dua gol pemain dari Portugal, Beto, -pada minit ke-33, dan ke-62- meletakkan Everton mendahului skuad The Blues 2-0 terlebih dahulu sebelum gol Iliman Ndiaye melengkapkan kemenangan Everton di laman sendiri.
Advertisement
FT.#CFC | #EVECHE pic.twitter.com/2F3Nh7k2BH
— Chelsea FC (@ChelseaFC) March 21, 2026
Kemenangan itu melonjakkan Everton ke kedudukan kelapan dalam carta liga EPL dengan 46 mata daripada 31 perlawanan, manakala Chelsea kekal di tangga keenam dengan 48 mata.
Untuk rekod, kekalahan itu menyaksikan The Blues tewas buat kali keempat dalam semua kejohanan.