Gol tunggal Matheus Cunha sudah memadai buat Manchester United membawa pulang tiga mata berharga selepas menewaskan Chelsea 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi tadi.
Penyerang Brazil itu meledak gol kemenangan pada minit ke-43 dalam separuh masa pertama hasil hantaran Bruno Fernandes, sekali gus menutup ruang kebangkitan tuan rumah yang tampil lebih dominan daripada segi penguasaan bola tetapi tumpul di hadapan gawang.
Advertisement
Chelsea yang dibimbing Liam Rosenior berdepan malam malang apabila beberapa percubaan mereka sekadar menggegarkan palang dan tiang gol, termasuk menerusi Liam Delap dan Wesley Fofana, sementara percubaan lain gagal menewaskan penjaga gol United, Senne Lammens.
Tonight belongs to us because of you, the best away fans in the land.
UNITED! ✊🇾🇪 pic.twitter.com/FA8oMRqjET— Manchester United (@ManUtd) April 18, 2026
Kejayaan ini mengukuhkan kedudukan skuad kendalian Michael Carrick dalam kelompok teratas liga dan meningkatkan peluang United untuk mengesahkan tiket ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan, selain melengkapkan kemenangan ‘double’ liga ke atas Chelsea musim ini.