Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Chelsea telan pahit lepaskan pendahuluan selesa

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

EPL

CHELSEA 2 LEEDS UNITED 2

Liam Rosenior pahit untuk menelan keputusan seri 2-2 Chelsea dengan Leeds United selepas mereka mensia-siakan pendahuluan dua gol untuk membolehkan Leeds kebangkitan di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Advertisement

Persembahan dominan memberi bayangan The Blues menuju kemenangan kelima berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (UCL) menerusi gol daripada Joao Pedro dan penalti Cole Palmer, sebelum senario itu berubah di pertengahan separuh masa kedua.

Lukas Nmecha merapatkan jurang jaringan menerusi sepakan penalti sebelum Jayden Bogle melumpuhkan pertahanan The Blues lalu memberi ruang buat pemain gantian, Noah Okafor, melakukan penyudah.

Ia kelihatan seperti satu lagi langkah ke hadapan bagi pasukan tuan rumah yang semakin berkembang menjadi sebuah pasukan yang menarik ditonton di bawah pengurus baru tersebut.

Bagaimanapun, permainan mereka tiba-tiba rapuh untuk melepaskan dua mata.

"(Ia berpunca daripada) dua detik penting dalam perlawanan yang tidak kami uruskan," katanya.

 


"Kami tidak kekal tenang. Bagaimana permainan sampai ke tahap sebegini disebabkan kami membuat beberapa keputusan yang lemah dalam cara kami menekan dan kami melepaskan sepakan penalti.

"Saya tidak ingat bilakah Leeds melancarkan percubaan atau mempunyai detik dalam perlawanan.

"Kami menguasai sebahagian besar bola, tekanan kami dan tenaga kami adalah semua yang saya ingin lihat.

"Itulah sebabnya ia menjadikan keputusan ini lebih pahit untuk ditelan kerana kami tidak memenangi perlawanan."

Topik Berkaitan

Must Watch Video