Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Belasah Fulham, Man City terus kejar Arsenal

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

EPL: Belasah Fulham, Man City terus kejar Arsenal

Manchester City terus mengekalkan momentum dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Fulham di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Antoine Semenyo membuka jaringan pada minit ke-24 untuk Manchester City sebelum Nico O’Reilly menggandakan kedudukan pada minit ke-30 hasil bantuan Semenyo.

Advertisement

Erling Haaland* menjaringkan gol ketiga City sebelum separuh masa pertama tamat sekaligus memastikan tiada lagi jaringan tambahan terhasil oleh kedua-dua pasukan sehingga tamat pelrawanan.

Kemenangan ini membantu Manchester City terus mengekori pendahulu liga dengan mengurangkan jurang mata dengan pasukan di tangga teratas.

Semenyo, pemain baru yang menyinar, terus menunjukkan prestasi hebat sejak sertai City, sementara Haaland mengukuhkan kedudukan sebagai salah satu penyerang terbaik dalam liga.

Untuk rekod, Man City telah mengumpul 53 mata selepas 26 perlawanan, tiga mata di belakang Arsenal yang berkelebihan satu perlawanan.

Must Watch Video