Tottenham Hotspur terus bergelut pada awal musim Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila tewas 0-2 kepada Newcastle United di laman sendiri.
Ia sekali gus menyaksikan pelaburan besar sekitar £320 (RM1.75 bilion) pada jendela perpindahan musim panas masih belum memberikan impak.
Spurs yang mendapatkan lapan pemain baharu kini kalah dalam dua perlawanan pertama liga tanpa menjaringkan sebarang gol, malah persembahan hambar di hadapan penyokong sendiri menambahkan tekanan buat pengendali, Roberto De Zerbi.
Anthony Elanga membuka jaringan The Magpies sebelum Yoane Wissa melengkapkan kemenangan pelawat menerusi penyudah akrobatik pada babak kedua.
Kekalahan itu menyaksikan Tottenham masih gagal mencatat kemenangan selepas dua aksi, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan rombakan besar-besaran skuad mereka musim ini.