Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Arteta 'bengang' Arsenal dinafikan sepakan penalti ketika diikat pasukan di tangga ke-17

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Arteta

Mikel Arteta berang apabila Arsenal dinafikan "sepakan penalti yang jelas" ketika terikat 0-0 dengan Nottingham Forest dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground awal pagi tadi.

Ketika Arsenal kelihatan akan melebarkan pendahuluan mereka di puncak liga kepada 10 mata, pasukan di tangga ke 17 liga, Forest, jelas memberikan kesukaran.

Advertisement

Forest diselamatkan oleh semakan video bantuan pengadil (VAR) pada penghujung perlawanan biarpun bola kelihatan menyentuh lengan pertahanan mereka, Ola Aina, dan Arteta jelas tidak berpuas hati dengan keputusan itu

"Jelas sekali saya kecewa kerana kami mahukan mata penuh," kata pengurus Arsenal itu.

"Kami tidak dibolosi satu pun percubaan ke arah gol, kami mencipta empat peluang besar dan di samping itu, terdapat penalti jelas yang tidak diberikan.

"Memang benar dia (Aina) menggunakan bahunya tetapi dia kemudian menggunakan lengan untuk mengekalkan bola dalam kawalan, jadi ia adalah penalti yang jelas."

 

Must Watch Video