Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Arsenal tercicir mata lagi, seri 1-1 dengan Brentford

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

EPL: Arsenal tercicir mata lagi, seri 1-1 dengan Brentford

Arsenal gagal melebarkan jurang di puncak Liga Perdana Inggeris apabila sekadar seri 1-1 menentang Brentford, sekali gus membuka ruang kepada Manchester City untuk terus memberi tekanan dalam perebutan kejuaraan.

Pendahulu liga itu mendahului pada minit ke-61 menerusi tandukan Noni Madueke, namun kelebihan tersebut tidak bertahan lama apabila Keane Lewis-Potter menyamakan kedudukan 10 minit kemudian.

Advertisement

Keputusan itu menyaksikan Arsenal kini hanya mendahului empat mata di puncak liga dengan baki 12 perlawanan musim ini. Skuad kendalian Mikel Arteta masih perlu berdepan Manchester City dalam perlawanan penting yang berpotensi menentukan kejuaraan.

Sementara itu, Brentford kekal di tangga ketujuh dan terus mengintai peluang layak ke pentas Eropah buat kali pertama dalam sejarah kelab.

Topik Berkaitan

Must Watch Video