Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Arsenal lepaskan pendahuluan dua gol, diikat kelab tercorot

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

arsenal wolves

Pemain remaja, Tom Edozie, menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-94 dalam penampilan sulungnya ketika Arsenal mensia-siakan pendahuluan dua gol untuk sekadar terikat 2-2 dengan kelab tercorot, Wolverhampton Wanderers, di Stadium Molineux awal pagi tadi..

Keputusan itu menyaksikan Arsenal terlepas peluang untukmelebarkan penguasaan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Advertisement

Arsenal kini mengumpul 58 mata daripada 27 perlawanan, lima mata di atas pasukan di tangga kedua Manchester City, yang berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Bukayo Saka meraikan kontrak baru lima tahunnya dengan menjaringkan gol pertamanya dalam 16 perlawanan seawal minit keluma sebelum Piero Hincapie menggandakan kelebihan itu sepuluh minit selepas babak kedua bermula.

Keputusan itu sepatutnya sudah memadai buat Arsenal tetapi Wolves terus menerus memberikan tentangan sehinggalah Hugo Bueno menjaringkan gol melalui sepakan lencong yang menarik pada minit ke-61.

Edozie kemudian melepaskan rembatan ke arah gol yang terbias ke tubuh Riccardo Calafiori dan tiang sebelum menerjah jaring dalam waktu kecederaan

Sebagai rekod Arsenal hanya mencatatkan tiga kemenangan daripada lapan perlawanan liga terakhir.

 

Must Watch Video