Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Apa pun jadi, saya takkan tinggalkan Tottenham -- Roberto De Zerbi

Roberto De Zerbi

Pengurus baharu, Roberto De Zerbi, menegaskan komitmennya untuk terus bersama Tottenham Hotspur musim depan walaupun kelab itu berdepan risiko tersingkir dari Liga Perdana Inggeris.

Jurulatih dari Itali itu baru sahaja menandatangani kontrak lima tahun, ketika Spurs kini hanya satu mata di atas zon penyingkiran. Dengan baki tujuh perlawanan, De Zerbi menggalas misi sukar untuk menyelamatkan pasukan yang tidak pernah tersingkir sejak 1978.

Advertisement

Walaupun sebelum ini dilaporkan kurang berminat menyertai Spurs di penghujung musim, tawaran lumayan berjaya memikatnya sekali gus menjadikannya antara jurulatih bergaji tertinggi liga. Malah, beliau menolak dakwaan wujud klausa khas yang membolehkan beliau meninggalkan kelab jika mereka tersingkir.

Sebelum ini, De Zerbi mencipta impak bersama Olympique de Marseille apabila membawa kelab itu naib juara Ligue 1 dan layak ke Liga Juara-Juara Eropah. Namun, beliau meninggalkan pasukan itu pada Februari selepas kegagalan di pentas Eropah serta kekalahan besar 0-5 kepada Paris Saint-Germain.

Must Watch Video