Skip to main content

Bola Sepak

EPL: 3 kali dahului permainan, Man Utd sekadar seri bertemu Bournemouth di Old Trafford

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

Diallo

Manchester United kembali berada di atas Liverpool selepas mengutip satu mata bertemu Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, awal pagi tadi.

Semakin menjadi kebiasaan, ketajaman serta penyudah The Red Devils sering dipertikai apabila gagal menterjemah jaringan penting.

Advertisement

Tuan rumah mendahului 2-1 di babak pertama pada minit ke-13 dan menerusi Amad Diallo sebelum Casemiro tenang menggandakan kelebihan.

Bagaimanapun, di babak kedua skrip pula berbeza dengan penyerang Bournemouth berjaya mengintai peluang pada minit ke-46 untuk mengikat kedudukan sebelum Marcus Tavernier meletakkan Bournemouth dihadapan 3-2 enam minit kemudian.

Kebangkitan dijelmakan anak buah Ruben Amorim dengan memerlukan dua minit sahaja iaitu pada minit ke-77 dan 79 untuk berada di hadapan menerusi kapten pasukan Bruno Fernandes serta Matheus Cunha.

Namun hasrat tiga mata The Red Devils dipadam pada minit ke-84 menerusi pemain gantian Eli Junior Kroupi untuk meratap tiga mata berharga United di laman sendiri.

Must Watch Video