Kejutan berlaku hujung minggu ini apabila juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, tewas di tangan Brighton & Hove Albion 0-3 di Amex malam tadi.
Selepas selesa mengumpul empat kemenangan, skuad kendalian Mikel Arteta itu terpaksa berputih mata gagal memperoleh tiga mata seterusnya, dan lebih mengecewakan tidak berjaya membawa pulang gol sagu hati.
The Gunners menjadi mangsa kedua tuan rumah yang mencipta kemenangan ke atas Manchester United dalam Piala Liga Inggeris (EFL) baru-baru ini, dan tonik berharga itu dikekalkan bagi menumpaskan Arsenal di tempat sendiri.
We go again after the international break. pic.twitter.com/tULXRovWmZ
— Arsenal (@Arsenal) September 19, 2026
Untuk rekod, ini adalah kekalahan terbesar naib johan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dalam semua pertandingan sejak 2023.