Laman media sosial One Championship berkongsikan momen ketika petarung muay thai negara, Aliff Rakib, menggunakan lutut untuk menyerang jaguh dari Lubnan, Ramadan Ondash, di Thailand, tahun lalu.
Dalam pertarungan yang berpihak kepada wakil negara itu menyaksikan Aliff melakar kemenangan buat kali kelima berturut-turut di pentas One Championship.
Untuk rekod, petarung berusia 21 tahun itu kini memegang rekod 8-2, serta dijadualkan legenda muay thai dari Thailand, Sam-A Gaiyanghadao, dalam memburu gelaran interim One Strawweight Muay Thai World Championship di Stadium Lumpinee, Bangkok, pada 25 Julai ini.
Pemilihan Sam A itu susulan Prajanchai P.K. Saenchai yang mengalami kecederaan.