Skip to main content

Hoki

Enervive Sports bawa era baharu hoki sekolah menerusi Super Schools Hockey 2026

Enervive Sports Bawa Era Baharu Hoki Sekolah Menerusi Super Schools Hockey 2026

Pentas penentuan kini menanti empat pencabar terbaik Super Schools Hockey 2026 apabila SMS Raja Tun Azlan Shah (SERATAS), SMS Johor (SMSJ), Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dan Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) berjaya melangkah ke peringkat Final Four yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Jun ini di Stadium Hoki UniKL, Bangi.

Selepas mengharungi saingan peringkat kumpulan yang berlangsung di Stadium Hoki UPSI, Tanjung Malim pada 22 hingga 24 Mei lalu, keempat-empat pasukan tersebut kini hanya selangkah daripada dinobat juara sulung kejohanan ini.

Super Schools Hockey 2026 dianjurkan bersama oleh Enervive Sports dan STAROBA Hockey, sebagai sebahagian usaha memperkenalkan platform baharu pertandingan hoki sekolah yang lebih berstruktur, kompetitif dan berprestij di peringkat kebangsaan. Edisi sulung ini menghimpunkan lapan pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan, dengan Kumpulan A dibarisi SMS Johor (SMSJ), SMS Raja Tun Azlan Shah (SERATAS), SMS Machang (SMACH) dan SMS Muzaffar Syah (MOZAC).

Sementara itu, Kumpulan B pula menyaksikan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) dan SMS Sembrong (SASEM) berentap untuk ke pusingan seterusnya.

Penganjuran kejohanan ini menandakan kesinambungan peranan Enervive Sports dalam pembangunan sukan sekolah, selepas lebih sedekad terlibat dalam penganjuran Super Schools Rugby yang menjadi antara platform utama pembangunan ragbi sekolah di negara ini.

Dengan sokongan STAROBA Hockey, Super Schools Hockey diperkenalkan sebagai satu inisiatif untuk memperkukuh ekosistem hoki sekolah melalui penganjuran pertandingan yang lebih profesional, tersusun dan memberi nilai pengalaman pertandingan yang tinggi kepada atlet muda.

Semua perlawanan dilangsungkan mengikut format rasmi hoki dengan pengadilan oleh pengadil bertauliah serta pengurusan pertandingan yang menekankan aspek integriti dan standard penganjuran yang konsisten.

Penganjuran saingan Final Four di Stadium Hoki UniKL, Bangi turut memberikan pengalaman pertandingan yang lebih autentik kepada pemain, jurulatih dan penyokong, selaras dengan aspirasi untuk membina suasana pertandingan yang mencerminkan standard hoki kompetitif.

Selain aksi di atas padang, kejohanan ini turut disokong oleh elemen liputan media, siaran langsung dan kerjasama strategik bagi meningkatkan keterlihatan serta nilai komersial hoki sekolah.

Lebih daripada sekadar pertandingan, Super Schools Hockey 2026 merupakan platform pembangunan bakat yang bertujuan memperluaskan pendedahan pemain sekolah serta memperkukuh laluan pembangunan hoki di peringkat akar umbi.

Dengan saingan yang semakin kompetitif, Super Schools Hockey 2026 dijangka menjadi antara kejohanan hoki sekolah baharu yang signifikan dalam landskap sukan sekolah negara. 

Keputusan Peringkat Kumpulan Super Schools Hockey 2026

Stadium Hoki UPSI, Tanjung Malim | 22 – 24 Mei 2026

Kumpulan A

SMS Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) 3-3 SMS Muzaffar Syah (MOZAC) 
SERATAS menang menerusi shootout 2-1 SMS Johor (SMSJ) 7-0 SMS Machang (SMACH) 
SMS Muzaffar Syah (MOZAC) 2-2 SMS Johor (SMSJ) SMSJ menang menerusi shootout 2-0 
SMS Machang (SMACH) 1-3 SMS Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) 
SMS Machang (SMACH) 0-3 SMS Muzaffar Syah (MOZAC) 
SMS Johor (SMSJ) 1-3 SMS Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)

Kumpulan B  

Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) 1-0 Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) 
Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) 8-0 SMS Sembrong (SASEM) 
SMS Sembrong (SASEM) 3-2 Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) 
Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) 0-5 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) 
SMS Sembrong (SASEM) 1-2 Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) 
Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) 0-7 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) 

Anda mungkin berminat dengan

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Must Watch Video