Skip to main content

Bola Sepak

Empat pasukan gergasi besar, siapa akan ke final Piala Dunia 2026?

s

Empat pasukan sah merebut slot ke separuh akhir Piala Dunia 2026 dengan peluang mengangkat trofi paling berprestij bola sepak dunia— Perancis, Sepanyol, England dan juara bertahan Argentina.

Perhatian kini terarah kepada dua aksi mega apabila Perancis dijadual bertemu Sepanyol dalam pertembungan dua kuasa besar Eropah, manakala England bakal menghidupkan semula saingan klasik menentang Argentina dalam satu lagi aksi yang pastinya mencuri tumpuan peminat bola sepak dunia.

Menariknya, keempat-empat pasukan ini bukan sahaja hadir dengan sejarah dan reputasi yang besar, malah turut menghuni kelompok teratas ranking dunia FIFA. Ia sekali gus membuktikan bahawa konsistensi sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini berjaya diterjemahkan di pentas Piala Dunia.

Kini hanya tinggal dua perlawanan sebelum pentas final. Sama ada Argentina mampu mempertahankan kejuaraan, atau trofi bakal menjadi milik Perancis, Sepanyol mahupun England.

Jika ditanya saya, mungkin England. Buka kerana itu pasukan yang saya sokong, tetapi kerana saya rasa mereka sudah terlalu lama berada di kelompok pencabar tanpa penghujung yang indah. Selepas beberapa kempen yang sekadar ‘hampir’,inilah masa terbaik untuk Three Lions mengangkat trofi Piala Dunia sekali gus menamatkan kempen FIFA 2026 dengan kenangan manis.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video