Skip to main content

Olimpik

Empat emas skuasy, Eain Yow dan Sivasangari bawa harapan hingga LA2028

Empat emas skuasy, Eain Yow dan Sivasangari bawa harapan hingga LA2028
Advertisement

Sukan skuasy muncul sebagai penyumbang pingat emas terbesar kontinjen negara di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 menerusi empat kilauan emas, namun dua daripadanya membawa makna lebih besar dalam perjalanan Malaysia menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Ng Eain Yow dan S. Sivasangari bukan sahaja mempertahankan kejuaraan acara perseorangan lelaki dan wanita, malah kedua-duanya sudah layak ke LA2028 secara merit — sekali gus meletakkan skuasy sebagai antara sandaran utama Malaysia untuk memburu sejarah di pentas Olimpik.

Advertisement

Kejayaan mereka mengekalkan dominasi Asia bukan hadir secara kebetulan. Di sebalik pingat emas yang diraih, terdapat perjalanan panjang penuh tekanan, pengorbanan dan cabaran yang perlu ditempuhi kedua-dua pemain.

Sivasangari khususnya bangkit daripada kemalangan jalan raya pada 2022 untuk kembali ke tahap tertinggi, manakala Eain Yow pula berdepan ujian peribadi apabila terpaksa berjauhan dengan ibunya yang sedang melalui fasa pemulihan selepas menghidap kanser.

Advertisement

Dalam keadaan tekanan semakin memuncak sebagai taruhan utama skuasy negara ke Olimpik, kedua-duanya tetap menunjukkan ketahanan mental dan konsistensi yang menjadi asas kepada kejayaan di Aichi-Nagoya.

Naib Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Sharon Wee, menyifatkan pencapaian Eain Yow amat membanggakan, terutama bagaimana pemain itu mampu mengekalkan fokus ketika ibunya menjalani rawatan.

“Pertama sekali saya sangat berbangga dengan pencapaian Eain Yow kerana menjadi atlet pertama Malaysia ke Sukan Olimpik LA2028.

“Ketika ibu Eain Yow yang berada dalam fasa pemulihan penyakit kanser, dia memastikan fokusnya tidak terjejas dan terus konsisten untuk memastikan dirinya kekal berada di tahap terbaik,” katanya.

Empat emas di Aichi-Nagoya membuktikan kekuatan skuasy Malaysia masih utuh di Asia. Namun bagi Eain Yow dan Sivasangari, misi sebenar kini jauh lebih besar.

Mereka bukan lagi sekadar memburu dominasi Asia, tetapi perlu membawa momentum itu ke pentas Olimpik — dengan impian menghadiahkan Malaysia pingat emas yang selama ini masih belum kesampaian.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video