Skip to main content

Bola Sepak

Emosi! Alisson Becker didenda oleh FA England

SOCCER-ENGLAND-LIV:Soccer-Liverpool keeper Becker fined for kicking substitution board after Forest draw

Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker, telah didenda sebanyak £8,000 ($10,800) oleh badan induk bola sepak England selepas bertindak menendang papan pertukaran pemain kerana berasa kecewa susulan keputusan seri 2-2 menentang Nottingham Forest dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bulan lalu.

Becker sebelum itu telah dilayangkan kad kerana membantah keputusan pengadil, berpunca daripada kegagalan pegawai keempat menyediakan papan elektronik tepat pada masanya untuk pertukaran tiga pemain oleh Andoni Iraola ketika kedudukan perlawanan terikat 1-1 selepas kira-kira 70 minit permainan.

Pemain kelahiran Brazil itu bertindak sedemikan ketika berjalan memasuki kawasan terowong pemain. Rakaman video di media sosial menunjukkan penjaga gol itu menendang papan tersebut sehingga menyebabkan kerosakan pada peralatan itu.

"Penjaga gol itu didakwa berkelakuan tidak wajar di kawasan terowong selepas wisel penamat dibunyikan.

"Alisson Becker kemudiannya menerima pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman standard," kata jurucakap FA di platform X.

The Reds yang mencatatkan keputusan seri dalam dua perlawanan liga sebelum menewaskan Ipswich Town, dijadualkan melayani kunjungan Fulham esok.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement