Kejohanan Golf Bisnes Asia (ABGC) 2026 merupakan saingan bertaraf premier hasil inisiatif dan diasaskan sepenuhnya oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Penganjuran edisi sulung ini merangkumi tujuh pusingan kelayakan di empat buah negeri dengan Langkawi menjadi venue pusingan akhir di The Els Club Teluk Datai.
ABGC 2026 ini menghimpunkan 92 pemain amatur terbaik dari dalam dan luar negara dengan latar belakang pemimpin korporat, usahawan dan golongan profesional.
Kejohanan berprestij ini menghubungkan pemimpin perniagaan Asia sambil menitikberatkan semangat perpaduan serantau menerusi medium sukan.
Pemain antarabangsa yang terlibat dari negara China, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Myanmar merebut peluang keemasan beraksi dalam edisi sulung kejohanan ABGC.
"Kelab golf ini telah dibina sejak 1992 dan rekaan semula siap pada 2014.
"Lapangan ini mempunyai dua landskap hutan hijau dan lautan.
"Kebanyakan pemain-pemain ini terdiri dari luar negara.
"Oleh kerana itu, kami menyediakan kemudahan bertaraf tinggi selain daripada lapangan golf ini sendiri," kata Pengurus Besar The Els Club Teluk Datai, Langkawi.