Skip to main content

Pickleball

Elemen gaya hidup faktor pickleball kian jadi tumpuan masyarakat Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pickle

Selain daripada pickleball, sukan padel kini semakin mendapat perhatian sebagai sukan yang dipacu oleh elemen gaya hidup, berbanding persaingan semata-mata.

Dengan gelanggang kaca yang eksklusif dan kebanyakan lokasi tertumpu di kelab atau fasiliti berbayar, padel diposisikan sebagai pengalaman sosial yang menggabungkan sukan, penjenamaan dan rangkaian hubungan.

Advertisement

"Saya rasa ia adalah sukan yang baik untuk mengadakan jaringan sosial, saya sendiri sebagai ejen bola sepak.

"Pickleball tempat saya bertemu untuk bisnes, bermain sukan ini Bersama Peter Cklamovski dan pemain bola sepak. Ia menarik minat pemain daripada sukan lain, perkara ini menarik buat masyarakat," kata atlet padel, Razeen Khalid.

Berbeza dengan sukan raket tradisional, padel menarik minat golongan urban yang melihat permainan ini sebagai ruang untuk berjumpa dan berinteraksi.

Trend itu mendorong padel dilihat sebagai sebahagian daripada gaya hidup moden, khususnya dalam kalangan komuniti bandar yang mengutamakan pengalaman dan jaringan sosial.

"Bagi saya, saya memang mengalakkan untuk penyokong saya bersukan, yang tidak suka ke gim boleh ke sukan paddle. Satu sukan yang mudah untuk bersosial." tambah atlet padel, Zurin Razali.

Topik Berkaitan

Must Watch Video