Skip to main content

Bola Sepak

EGM FAM: FAS rela dalam terpaksa laluan automatik kerusi naib presiden FAM

j

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tampak berada dalam situasi ‘paksa rela’ berhubung hak eksklusif yang diberikan kepada presiden Malaysia Football League (MFL) untuk mengisi kerusi naib presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Mereka terpaksa akur dengan keputusan majoriti ahli gabungan selepas pindaan statut berkaitan perkara itu diluluskan pada Kongres Luar Biasa (EGM) FAM.

Keemua 18 ahli gabungan FAM hari ini sebulat suara bersetuju untuk meluluskan pindaan Statut FAM seperti yang dicadangkan AFC.

Keadaan itu berlaku meskipun Timbalan Presiden FAS, Datuk Seri Shahril Mokhtar, lantang menuntut penjelasan terhadap cadangan pindaan itu yang menjadi antara tumpuan utama dan mencetuskan drama dalam EGM kali ini.

Shahril yang ditemui selepas EGM FAM itu menegaskan pendirian FAS tidak berubah apabila terus berpendapat presiden MFL tidak seharusnya diberikan laluan automatik untuk mengisi jawatan berkenaan.

"Tidak ada salah dan betul, pendapat saya bahawa (kerusi) presiden MFL tidak harus diberikan laluan automatik.

"Sekiranya perlu, (jawatan) exco sahaja sudah memadai, tidak perlu sampai ke tahap  naib presiden tapi memandangkan semua sudah meluluskan, ayuh pandang ke hadapan dan lakukan perubahan yang perlu.

"Saya harap wajah baru yang berkaliber dan berpengetahuan --bukan sahaja dalam bola sepak malah dalam aspek yang lain.

"Dalam pembentangan laporan audit FAM tadi, memang ketara banyak perkara yang perlu diperbaiki. Jadi kami perlukan pemimpin dan jawatankuasa yang bagus.

"Kita bercakap mengenai tranformasi organisasi. Ini bukan sekadar urusan biasa, ini betul-betul (tranformasi dalam) keadaan FAM yang agak parah dan kita perlukan individu yang berjiwa kental," katanya.

Sebelum ini, Shahril secara terbuka menyuarakan kebimbangan terhadap cadangan pindaan statut itu dengan menegaskan artikel 38 perkara 5 tidak mencerminkan semangat demokrasi dalam proses pemilihan.
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Related Topics

Must Watch Video