Skip to main content

Bola Sepak

EGM FAM: AFC dedah kepincangan, ahli gabungan setuju pinda statut

j

Pembentangan laporan audit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menemui pertemuan kepada kegagalan organisasi badan induk itu.

Ia dibentangkan Timbalan Setiausaha Agung AFC, Vahid Kardany, hari ini yang juga mengetuai laporan audit kualiti FAM sejak empat bulan lalu.

Riak wajah Kardany gagal untuk melindungi kebenaran yang telah berlaku dalam badan induk itu sejak sedekat lalu.

Walaupun ini bukan laporan penuh, namun dengan apa yang telah dikongsikan sudah cukup melebelkan badan induk bola sepak kebangsaan berada dalam sistem yang gagal.

"Kami belum boleh dedahkan lebih banyak lagi kerana perlu berbincang dengan setiausaha agung dan ahli jawatankuasa eksekutif yang baru.

"Kami akan membantu FAM terus membangun, berkembang dan mampu berdiri dengan sendiri, maka sebab itulah audit kualiti diadakan dan perubahan dalam ahli jawatankuasa," Kata Kardany.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John, juga memberi bayangan mudah untuk difahami.

FAM dilabel sebagai sakit lantas perlu dibantu dan tempoh masa dua tahun diperlukan AFC untuk membimbing FAM ke arah yang lebih baik atas permintaan FAM sendiri.

"Jangan (dera) pesakit, mereka perlukan pertolongan (maka) AFC tolong. Oleh itu, berikan masa agar segala ubat-ubatan menjadi mujarab.

"FAM sendiri yang minta buat kualiti audit, badan AFC dan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) sudah masuk (campur)," katanya pula.

Bagaimanapun laporan audit pada hari ini bukanlah laporan penuh.

Malah, ketika pembentangan ada beberapa bahagian yang tidak disiarkan secara jelas atas dasar perlu perbincangan dengan FAM terlebih dahulu sebelum iadi siarkan kepada orang ramai.

"FAM (sendiri) pun tak tengok laporan ini jadi ia perlu dirujuk kepada mereka terlebih dahulu," tambah Windsor.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

Must Watch Video