Skip to main content

Bola Sepak

Eddy Gapil harap PDRM terus bernyawa, sasar sertai Liga A1 Semi-Pro musim depan

Eddy Gapil harap PDRM terus bernyawa, sasar sertai Liga A1 Semi-Pro musim depan

Jurulatih PDRM FC, Eddy Gapil, masih menyimpan harapan agar masih ada sinar buat skuad The Cops meskipun kelab itu telah mengumumkan keputusan menarik diri daripada saingan Liga Super musim depan.

Menurutnya, PDRM tidak seharusnya lenyap daripada landskap bola sepak tempatan, sebaliknya diberi peluang untuk meneruskan perjuangan dengan beraksi dalam Liga A1 Semi-Pro.

Eddy berharap penyertaan dalam liga berkenaan mampu menjadi titik permulaan kepada kebangkitan semula pasukan sambil memberi ruang untuk proses penstrukturan semula pengurusan dilaksanakan dengan lebih teratur.

Difahamkan, PDRM merupakan antara empat kelab yang berada dalam senarai menunggu bagi melengkapkan barisan 12 pasukan yang telah mengesahkan penyertaan dalam saingan Liga A1 Semi-Pro musim depan.

Keempat-empat kelab terbabit diberikan tempoh sehingga Jumaat untuk melengkapkan segala dokumentasi berkaitan penyertaan sebelum permohonan mereka dinilai semula oleh Amateur Football League (AFL) berdasarkan merit yang ditetapkan.

Terdahulu, PDRM mengumumkan keputusan meninggalkan Liga Super selepas mengambil kira faktor penstrukturan semula pengurusan kelab susulan isu tunggakan gaji yang menjejaskan operasi pasukan.

Sekiranya berjaya diterima menyertai Liga A1 Semi-Pro, ia bukan sahaja membuka lembaran baharu buat The Cops, malah memberi peluang kepada kelab itu untuk membina semula kekuatan sebelum kembali mencabar di pentas tertinggi bola sepak negara pada masa hadapan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video