Skip to main content

Bola Sepak

E-sukan: Zhan-Q kutip pengajaran berguna terkandas dalam suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

e-sukan

Hasrat pemain kelahiran Malaysia yang mewakili BTR By Vitality dari Indonesia, Yong Zhan Quan, untuk melangkaui suku akhir Kejohanan Honor of Kings Invitational Musim Keempat tidak kesampaian.

Masih segar dengan kejayaan membawa BTR menjuarai Indonesia Kings Laga Fall 2025, Zhan-Q kekal dengan misi untuk menjuarai kejohanan antarabangsa bersama BTR pada suatu hari nanti, meskipun tumpas kepada Boom Esports hari ini.

Advertisement

Begitupun, dia tetap memberi reaksi positif terhadap penampilannya kali ini dengan melaungkan bahawa kegagalan edisi ini bukan pengakhirannya.

"Proses untuk menjadi juara bukan susah, bukan semua boleh menjadi juara.

"Saya harap keserasian kami bertambah baik selepas ini dan kekalahan ini akan memacu semangat berpasukan kami.

"Tapi kali ini kami kena balik awal," katanya.

Zhan-Q juga meletakkan harapan tinggi buat bekas pasukannya, Nova Esports, untuk menjuarai kejohanan ini sambil membawa semangat seluruh rakyat Malaysia.

"Saya harap mereka dapat tonjolkan persembahan mantap.

"Harap mereka berikan saingan sengit agar permainan tidak lagi berat sebelah dan mampu membangkitkan keterujaan penyokong," katanya.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video