Skip to main content

Sukan Asia

E-sukan mohon lebih ramai pemain diserap ke Program Podium

xx
Advertisement

Kontinjen e-sukan negara berdiri megah dalam kelompok tiga terbaik keseluruhan di Sukan Asia 2026 di samping tuan rumah, Jepun, dan Tembok Besar China berdasarkan kutipan pingat acara e-sukan di Aichi-Nagoya.

Kem negara memungut satu emas menerusi judul permainan Gran Turismo Seven, dua pingat perak dari e-football dan Honor of Kings (HOK), selain gangsa dalam Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), sekali gus menjadi bukti penyenaraian atlet e-sukan dalam Program Podium membawa pulangan yang berbaloi.

Advertisement

Pada masa yang sama, tuan rumah Sukan Asia 2030 iaitu Doha, Qatar, memberi jaminan e-sukan akan kekal sebagai acara yang menawarkan pingat, empat tahun lagi.

Memandangkan kontinjen e-sukan negara sudah pun melepasi sasaran dan mengatasi pencapaian edisi Hangzhou 2022, Presiden Persekutuan E-sukan Malaysia (MeSF), Muhammad Naim Al Amin, menggesa jumlah atlet e-sukan negara dalam Program Podium ditambah.

Advertisement

"Dengan kejayaan membawa pulang pingat, kami mahu membawa kertas cadangan untuk memastikan permainan ini dapat diteruskan dalam Program Podium sehingga Sukan SEA.

"Atas kejayaan yang dibuktikan, kami mengharapkan lebih banyak progam lain di bawah Program Podium sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA tahun depan.

"Program Podium telah memberi banyak pingat dan perubahan yang membanggakan.

"Kami juga mahu lebih berdaya saing dalam penganjuran liga yang profesional agar ruang dapat diberikan kepada pemain-pemain, baik di peringkat tempatan dan antarabangsa," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement