Pasukan e-sukan negara meneruskan perjuangan dalam dalam Kejohanan Dunia IESF, hari ini.
Malaysia yang dibarisi Yums, Sekyss, Stormie, Momo dan Lolealz, memenangi game pertama kurang 10 minit, dengan 36 kills berbanding hanya tujuh daripada Mongolia di peringkat suku akhir yang berlangsung di Ibu Kota itu.
Advertisement
Mongolia cuba bangkit dalam game kedua yang menggunakan peta belukar berbahaya, namun keserasian pemain Malaysia makin terserlah dan selepas hampir 12 minit bertarung di Land of Dawn, ternyata Mongolia tidak mampu menyekat asakan Malaysia dan terpaksa akur tewas 0-2.