Satu kekecewaan yang memberi pengajaran berguna buat pasukan e-sukan wanita negara, AG Global, yang terpaksa akur tewas kepada pasukan dari Filipina, Hyve All Stars dalam Grand Final Honor of Kings (HOK) Women's Series 3 2026.
Bagi jurulatih AG Global, Lee Han Siang, kekalahan ini merupakan satu kejutan juga kerana mereka membawa momentum yang sangat cemerlang, namun Siang meletak harapan untuk melihat mereka menjuarai kejohanan antarabangsa seterusnya.
Advertisement
"Pemain negara terlalu gemuruh memandangkan ini medan antarabangsa sulung buat mereka.
"Jadi tidak mengapalah meraih tempat kedua," katanya.
Roamer Hyve All Stars, Sibol Alumni Charize Doble, mengakui bukan mudah hadapi AG Global apabila di atas kertas mereka lebih baik, namun atas semangat juang tinggi, mereka mampu menundukkan gergasi seperti pasukan Malaysia itu.
"Mereka juga ampuh tapi kami pernah bertemu mereka dalam kejohanan di Filipina. Jadi kami sudah mengetahui selok belok permainan sesetengah daripada pihak lawan.
"Sebab itulah kami sudah bersedia sepenuhnya," katanya.