Skip to main content

Sukan Asia

Duo skuasy negara pacu harapan pertahan kejuaraan

;;;
Advertisement

Tidak mahu terlalu memikirkan misi mempertahankan pingat emas atau tiket automatik ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menjadi rahsia S Sivasangari kekal tenang dalam merintis laluan ke separuh akhir perseorangan wanita Sukan Asia Aichi-Nagoya.

Ratu skuasy kebangsaan itu mencipta kemenangan 11-8, 11-7, 11-8  dalam tempoh 29 minit di Kinjo Futo Arena ketika menundukkan Hong Kong, Ho Tze Lok, sebentar tadi.

Advertisement

"Ia satu motivasi selain saya perlukan pastikan tidak terbawa-bawa.

"Setiap kali turun ke gelanggang, saya hanya memikirkan mahu berikan aksi terbaik.

Advertisement

"Saya bekerja keras dan hanya fikirkan aspek mengutip mata demi mata, tanpa perlu memikirkan soal pertahankan kejuaraan mahupun tiket Sukan Olimpik.

"Saingan bukan mudah dan banyak perkara yang perlu difikirkan ketika beraksi tetapi itulah matlamat saya," kata Sivasangari.

Dalam masa sama, ketenangan memacu Ng Eain Yow ke separuh akhir ketika diuji pemain Hong Kong, Alex Lau, untuk mencipta kemenangan 11-4, 11-9, 11-4.

"Saya berdepan cabaran berbeza hari ini.

"Dia bermain bagus dan banyak melambungkan bola tapi saya dapat menyesuaikan diri.

"Walaupun hilang sedikit fokus dalam set kedua tapi saya lega mencapai kemenangan 3-0 pada hari ini," katanya pula.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement