Skip to main content

Bola Sepak

Dulu kejar bola. Bekas pemain B23 negara pilih laluan berbeza

Syazwan

"Dahulu abang bola kejar bola, sekarang abang bola kejar rumah impian anda.

Dari padang ke bidang hartanah.

Advertisement

Bekas pertahanan skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Syazwan Zaipol, memilih haluan berbeza dalam hidupnya apabila menutup lembaran karier sebagai pemain bola sepak dan menceburi bidang hartanah.

Dalam perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bekas tonggak Penang itu mendedahkan keputusan besar itu dibuat tiga tahun lalu apabila mengambil pendirian untuk bersara daripada bola sepak pada usia 28 tahun.

"Ramai daripada pelanggan saya tidak mengetahui bahawa saya merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan. 

"Ada yang berkata sangat bangga dapat berkomunikasi bersama. 

"Saya ada membuat jualan lebih kurang RM4 juta dalam masa sebulan.

"Saya hanya perlu berkongsi perkara sebenar tentang proses jualan dan apa yang pelanggan akan terima.

"Salah satu punca menjadi agen hartanah adalah untuk mengekalkan gaji seperti bermain bola sepak, malah boleh dapat lagi.

"Sebenarnya, saya berhenti bermain juga bukan dengan kerelaan.

"Saya masih mendapat tawaran pada 2023. 

"Saya tetap tidak tinggalkan hobi saya. Sebab itu gelaran saya 'Abang Bola Jual Rumah', katanya.

 

Must Watch Video