Dua tandukan emas Nico O'Reilly memacu Manchester City menewaskan Arsenal 2-0 untuk muncul juara Piala EFL 2025/26 di Stadium Wembley, awal pagi tadi.
Pemain muda berusia 21 tahun itu memastikan City menjulang trofi dalam pentas akhir itu buat kali kesembilan meskipun pasukan pendahulu liga, Arsenal, muncul pasukan pilihan.
Advertisement
Selepas terikat tanpa jaringan dalam babak pertama, skuad kendalian Pep Guardiola kembali mendapatkan rentak dengan O'Reilly memanfaatkan kesilapan penjaga gol Arsenal, Kepa Arrizabalaga, yang gagal menangkap bola dengan kemas untuk menanduk masuk gol pada minit ke-60.
2026 LEAGUE CUP WINNERS!!! 🏆 pic.twitter.com/ICxLVwIhOD
— Manchester City (@ManCity) March 22, 2026
Selang empat minit kemudian, O'Reilly sekali lagi menggandakan kedudukan itu selepas menoktahkan hantaran lintan Matheus Nunes sekali gus menoktahkan kejuaraan pertama musim ini buat skuad The Netizens musim ini.