Skip to main content

Tinju

Dua suspek ditahan kes bunuh bekas juara dunia tinju, Zolani Tete

Dua suspek ditahan kes bunuh bekas juara dunia tinju, Zolani Tete

Polis Afrika Selatan menahan dua lelaki berhubung kes pembunuhan bekas juara dunia tinju dua divisyen, Zolani Tete, yang ditembak mati di luar kediamannya di Mdantsane, Eastern Cape.

Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 30 dan 22 tahun ditahan di Kugompo City dan kini sedang disoal siasat bagi membantu siasatan kes pembunuhan serta cubaan membunuh.

Tete maut selepas ditembak oleh dua lelaki bersenjata ketika menunggu pintu pagar kediamannya dibuka.

Dalam kejadian sama, seorang wanita berusia 27 tahun yang berada bersamanya turut terkena beberapa das tembakan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Polis bagaimanapun belum mendedahkan motif serangan tersebut dan siasatan masih diteruskan.

Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa lebih banyak tangkapan dijangka dibuat ketika penyiasat terus mengumpulkan bukti berkaitan kejadian berkenaan.

Polis Afrika Selatan pada masa sama meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, sebaliknya menyalurkan sebarang maklumat yang sahih bagi membantu siasatan.

Kematian Tete mengejutkan dunia tinju memandangkan bekas petinju itu pernah bergelar juara dunia dalam dua kategori berat sepanjang karier profesionalnya. Beliau juga dikenali sebagai antara petinju Afrika Selatan yang mencipta sejarah di pentas antarabangsa.

Sumber: enca

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video