Skip to main content

Advertisement

Berbasikal

Dua rekod baru kebangsaan tercipta di Filipina!

ACC

Pengorbanan cuti Hari Raya berbaloi!

Kem berbasikal negara cemerlang memperbaharui dua rekod kebangsaan dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2026 di Tagaytay, Filipina semalam.

Advertisement

Malaysia dalam dua kategori pecut berpasukan lelaki dan wanita melakar sensasi apabila memecahkan catatan lalu dalam edisi kali ini.

Selepas hampir lapan tahun, kem pecut berpasukan lelaki yang diketuai Ridwan Sahrom mencatatkan kelajuan 43.596 saat (s), sekali gus mengatasi rekod lalu iaitu 43.934s sewaktu Sukan Asia 2018.

Ia, sekali gus menyaksikan mereka menduduki tempat keempat keseluruhan.

Sementara bagi kategori wanita yang diketuai Nurul Izzah Izzati Mohd Asri pula, berjaya memperbaharui rekod dalam ACC 2025 dengan pungutan 48.086s, sekali gus merangkul pingat perak di belakang juara, China. 

Must Watch Video